MySiren diuji esok, telefon bimbit bakal terima amaran serentak

November 28, 2026 · Isu semasa

Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) akan menjalani ujian serentak di seluruh negara esok, antara jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi, bagi memastikan sistem itu berfungsi dengan baik dalam menyalurkan notifikasi kecemasan kepada pengguna telefon bimbit.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan ujian berkenaan bertujuan menilai keupayaan sistem serta mengenal pasti sebarang masalah teknikal, termasuk proses penyiaran dan penerimaan amaran pada peranti mudah alih.

MySiren dibangunkan sebagai sistem amaran awal negara bagi memaklumkan orang ramai mengenai ancaman yang boleh membahayakan nyawa, kesihatan, keselamatan dan harta benda.

Antara situasi yang boleh mencetuskan amaran termasuk banjir, cuaca buruk, tsunami, kebakaran besar, insiden bahan berbahaya serta ancaman keselamatan awam.

Sistem itu menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang membolehkan amaran disalurkan secara serentak kepada telefon bimbit yang serasi di kawasan terjejas menerusi rangkaian 4G dan 5G.

Berbeza dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), teknologi CBS tidak menghantar mesej berdasarkan nombor telefon secara individu, sebaliknya menyiarkan amaran kepada semua peranti yang berada dalam kawasan liputan ditetapkan.

Kaedah itu juga membolehkan notifikasi diterima tanpa menggunakan kuota internet, malah tidak terjejas oleh kesesakan rangkaian seperti penghantaran SMS biasa.

MCMC menasihatkan pengguna supaya mengemas kini sistem operasi telefon masing-masing, mengaktifkan fungsi amaran kecemasan dan memulakan semula peranti selepas proses kemas kini bagi memastikan penerimaan notifikasi berjalan lancar.

Keperluan minimum yang dinyatakan termasuk iPhone 11 dan model lebih baharu dengan iOS 27.2 atau terkini, telefon Android 12 atau terkini serta peranti Huawei dengan EMUI 16 atau terkini, tertakluk kepada pengesahan teknikal akhir.

Pada 23 November lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan MySiren tidak mempunyai akses kepada maklumat atau data peribadi pengguna.

“MySiren ini berbeza dengan kaedah SMS, apabila pesanan dihantar kepada nombor penerima. Sistem yang digunakan ini tidak mendapatkan apa-apa maklumat mahupun data daripada peranti pengguna.

“Ia juga tidak melibatkan sebarang kos kepada penerima pesanan,” katanya.

Fahmi berkata ujian berkenaan turut bertujuan membiasakan masyarakat dengan bunyi amaran khusus MySiren, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan orang ramai ketika berdepan kecemasan.

MCMC bertindak sebagai agensi pengendali sistem itu, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa tempatan turut diberikan akses untuk mengeluarkan amaran mengikut bidang kuasa masing-masing.

MySiren mula dibangunkan pada 2025 dengan kos keseluruhan RM200 juta susulan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober 2024.

Sistem itu menyediakan enam kategori amaran iaitu Amaran Kebangsaan, Amaran Ekstrem, Amaran Teruk, Amaran Orang Hilang, Amaran Ujian dan Amaran Latihan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi MCMC di [www.mcmc.gov.my/mysiren](http://www.mcmc.gov.my/mysiren).

Berita berkaitan
Saman MCMC tidak jejas pelaburan Google di Malaysia: PMX
21 jam lalu· Isu semasa
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
November 27, 2026· Isu semasa
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
November 27, 2026· Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
November 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika
November 28, 2026 · Isu semasa
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
November 28, 2026 · Isu semasa
MINDEF tidak lindungi anggota tentera terbabit dadah: Khaled Nordin
November 28, 2026 · Isu semasa
Isu cip Nvidia: Malaysia arah syarikat elak urus niaga dengan firma disekat AS
21 jam lalu · Isu semasa
Kabinet arah pangkalan udara dikawal ketat susulan kes dadah TUDM: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok