Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM

November 28, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang didakwa berlaku berulang kali sehingga membabitkan puluhan penerbangan.

Beliau menegaskan kes berkenaan bukan perkara kecil atau kejadian terpencil kerana membabitkan penyalahgunaan aset pertahanan negara untuk aktiviti jenayah, sekali gus mencemarkan integriti pasukan keselamatan.

Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit, termasuk anggota tentera atau pegawai yang menyalahgunakan kedudukan dan kemudahan negara demi kepentingan jenayah.

“Bukan sekali, berpuluh kali, 20 kali. Nak suruh kita ringankan, tutup kes itu, saya minta maaf.

“Kalau begini, cari orang lain. Saya selagi diberi amanah, saya dah beritahu, kamu melakukan pengkhianatan kepada negara, rasuah, guna pesawat TUDM seludup dadah, nak marah, marahlah … saya tidak peduli, tindakan wajib diambil,” katanya ketika berucap merasmikan program Yakin MADANI bertemakan ‘Memaknai Harapan Rakyat’, hari ini.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan pihak yang terbabit tidak terlepas daripada hukuman, selain menjadi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan aset kerajaan.

Anwar turut menegaskan isu itu bukan bertujuan untuk diperbesarkan atas kepentingan politik, sebaliknya rakyat perlu mengetahui keseriusan salah laku yang berlaku apabila aset pertahanan negara digunakan untuk kegiatan penyeludupan dadah.

Kes berkenaan turut menimbulkan persoalan mengenai tahap kawalan keselamatan, pemantauan pergerakan aset ketenteraan serta kemungkinan wujudnya rangkaian jenayah yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan TUDM.

Sebelum ini, pendedahan mengenai penggunaan pesawat tentera bagi kegiatan penyeludupan dadah mencetuskan perhatian umum berikutan nilai rampasan yang dilaporkan mencecah ratusan juta ringgit.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Awaludin Said.

Berita berkaitan
MINDEF tidak lindungi anggota tentera terbabit dadah: Khaled Nordin
November 28, 2026· Isu semasa
Prestasi Loke baik, Anwar mahu Loke kembali bertugas segera
November 28, 2026· Politik
Kabinet arah pangkalan udara dikawal ketat susulan kes dadah TUDM: Fahmi
21 jam lalu· Isu semasa
Saman MCMC tidak jejas pelaburan Google di Malaysia: PMX
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika
November 28, 2026 · Isu semasa
MySiren diuji esok, telefon bimbit bakal terima amaran serentak
November 28, 2026 · Isu semasa
Isu cip Nvidia: Malaysia arah syarikat elak urus niaga dengan firma disekat AS
21 jam lalu · Isu semasa
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
November 27, 2026 · Isu semasa
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
November 27, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok