Belanjawan 2026 fokus tiga teras utama sokong RMK13: Amir Hamzah

August 7, 2025 · Isu semasa

Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini menjadi belanjawan pertama menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tadbir urus baik.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menjelaskan strategi ‘menaikkan siling’ akan memfokuskan kepada peningkatan daya saing negara melalui pelaburan dalam bidang inovasi, teknologi dan pembangunan bakat, khususnya dalam industri semikonduktor, peralihan tenaga dan ekonomi Islam.

“Kerajaan akan mempergiat usaha membangunkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat pemula untuk melonjakkan produk dan perkhidmatan ‘Buatan Malaysia’,” katanya semasa berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 hari ini.

Teras ‘menaikkan lantai’ pula memberi penekanan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir. Manakala pengukuhan tadbir urus baik akan menyokong pelaksanaan kedua-dua teras tersebut.

Amir Hamzah menekankan agenda digital dan kecerdasan buatan akan terus menjadi keutamaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan penciptaan nilai. Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan pada 10 Oktober depan di Dewan Rakyat.

“Agenda digital dan kecerdasan buatan terus diberi tumpuan selari dengan usaha membudayakan daya cipta bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi berteraskan penciptaan nilai,” katanya.

Majlis libat urus yang dihadiri 300 wakil daripada pelbagai sektor termasuk penjawat awam, industri, akademik dan pertubuhan antarabangsa itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan beberapa pemimpin kanan kerajaan.

Berita berkaitan
Pelaburan kukuh pacu pertumbuhan ekonomi negara: Amir Hamzah
May 18, 2026· Isu semasa
Ringgit kukuh, ekonomi Malaysia kian diyakini dunia: Kamil
May 2, 2026· Isu semasa
Syarikat salah guna diesel bersubsidi bakal dikenakan tindakan
April 10, 2026· Isu semasa
Harga minyak naik: Amir Hamzah jelaskan kenapa Malaysia turut terkena tempias
April 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
8 jam lalu · Isu semasa
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global
May 29, 2026 · Isu semasa
SPRM teliti dakwaan penyelewengan projek naik taraf Stadium Bukit Jalil
May 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok