DAP bidas tindakan ‘membuli’ Pemuda UMNO dalam isu bendera

August 10, 2025 · Politik

Anthony Loke Siew Fook, mengecam tindakan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu berkata tindakan mengugut untuk berprotes atau “mengajar” cara mengibarkan bendera adalah satu bentuk buli yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak perlulah mana-mana pihak cuba menangguk di air keruh, apatah lagi mengugut untuk berhimpun di hadapan premis perniagaan atau bertindak seolah-olah mereka lebih tahu cara mengibarkan bendera.

“Perbuatan sebegini adalah satu bentuk buli dan pasti ditolak oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Isu bendera terbalik tercetus selepas tularnya rakaman video seorang lelaki mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Polis telah menahan pemilik kedai perkakasan berusia 59 tahun itu untuk siasatan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sebanyak 16 laporan polis telah dibuat di seluruh negara, dengan 12 daripadanya berasal dari Pulau Pinang.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, mengumumkan rancangan untuk mengadakan di hadapan premis terbabit pada tengah hari esok.

Beliau mendakwa bahawa tujuan himpunan itu adalah untuk “mengajar” pemilik kedai cara mengibarkan Jalur Gemilang dengan betul.

Mengulas lanjut, Loke menyeru semua pihak agar tidak melampau dalam menangani isu tersebut.

“Jika ada kesilapan, berilah teguran secara beradab. Jangan sampai timbul suasana ugutan dan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa semangat patriotisme harus ditunjukkan dengan cara yang positif, bukan melalui tindakan menghukum atau mempermalukan orang lain.

“Kita mahu rakyat menghormati bendera negara, tetapi cara mendidik haruslah berhemah,” tegasnya.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
12 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
14 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
14 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
18 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok