Hanya Majlis Tertinggi PN berkuasa tentukan calon PM: Radzi

August 15, 2025 · Politik

Naib Presiden Parti Bersatu, Dr. Radzi Jidin menegaskan penamaan calon Perdana Menteri (PM) dari gabungan Perikatan Nasional (PN) merupakan perkara besar yang hanya boleh diputuskan Majlis Tertinggi gabungan itu.

Beliau menekankan sebarang pengumuman rasmi berkenaan calon PM perlu datang daripada keputusan tertinggi gabungan itu, dan mana-mana kenyataan lain sebelum itu hanyalah pandangan peribadi individu.

“Berhubung dengan siapa yang akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri, itu adalah keputusan Majlis Tertinggi PN.

“Selagi tiada pengumuman rasmi daripada mereka, tidak ada sebarang ketetapan dari sudut PN,” jelas Radzi.

Beliau turut menegaskan isu penamaan calon PM perlu dibincangkan secara teliti di peringkat kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang itu.

“Kita perlu faham, keputusan besar seperti calon Perdana Menteri mesti dibawa ke Majlis Tertinggi PN untuk dibincangkan. Selagi tiada keputusan rasmi daripada mereka, apa yang disebut oleh mana-mana pihak hanyalah pandangan peribadi, bukan ketetapan rasmi PN,” katanya.

Radzi juga memberi jaminan pengumuman rasmi akan dibuat pada masa yang sesuai, setelah segala pertimbangan dibuat oleh kepimpinan tertinggi PN.

Kenyataan beliau dibuat susulan kenyataan Ketua Pemuda PN, Afnan Taib Azamudden, yang mendakwa gabungan itu sudah mempunyai calon PM yang akan diumumkan pada masa sesuai.

Afnan turut menyenaraikan beberapa nama yang dianggap berpotensi, termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; serta dua Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Idris Ahmad.

Selain itu, beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Larut dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, sebagai antara calon yang mungkin dipertimbangkan sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Berita berkaitan
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Rafizi mahu syarat tahanan rumah Najib didedah
September 18, 2026· Politik
Hari Malaysia: Anwar seru kukuh ikatan rakyat dan wilayah
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
4 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
4 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
4 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
4 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok