DAP Selangor kutuk sikap ‘pembuli’ Akmal, dakwa cemar semangat patriotik

August 16, 2025 · Politik

DAP Selangor membidas tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang didakwa bersikap seperti pembuli dalam isu kesilapan pengibaran Jalur Gemilang di sebuah kedai perkakasan, walaupun pemilik kedai sudah memohon maaf atas kesalahan tidak disengajakan itu.

Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han, menyifatkan tindakan Dr Akmal hanya menimbulkan keresahan dan ketakutan dalam kalangan masyarakat, sedangkan kesilapan teknikal sebegitu sepatutnya ditangani secara berhemah tanpa dijadikan bahan provokasi.

“Cinta kepada negara seharusnya menjadi pemersatu, bukan pemecah belah. Kesilapan tidak sengaja patut ditegur dengan cara beradab, bukan dieksploitasi untuk kepentingan politik murahan,” tegasnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sze Han menegaskan semangat patriotik yang sebenar bukan sekadar terletak pada pengibaran bendera yang sempurna, tetapi lebih kepada komitmen membangunkan masyarakat, mengukuhkan ekonomi negara, serta memelihara perpaduan antara kaum.

Beliau mengingatkan bahawa keharmonian kaum merupakan aset terpenting Malaysia, manakala sikap menghasut sentimen perkauman adalah pengkhianatan terhadap masa depan negara.

“DAP Selangor menyokong penuh pandangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, bahawa penyalahgunaan bendera secara sengaja memang wajar dikenakan tindakan undang-undang.

“Namun, pendekatan mengugut dan memalukan orang awam bukan penyelesaian. Ia hanya merosakkan semangat muhibah dan bertentangan dengan prinsip keadilan,” jelasnya.

Sebagai langkah positif, DAP Selangor akan melancarkan program pengedaran Jalur Gemilang secara melibatkan semua wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis PBT, serta ketua-ketua kampung.

Sze Han mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk peniaga dan pertubuhan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan bertanggungjawab, sebagai manifestasi patriotisme yang matang.

“Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian dan kemakmuran negara untuk diwariskan kepada generasi akan datang,” serunya menutup kenyataan.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
21 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
23 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
23 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok