Nurul Izzah Anwar.
Pertembungan dalam pemilihan PKR tidak menyebabkan Nurul Izzah Anwar bermusuh dengan rakan baiknya, Rafizi Ramli.
Nurul Izzah yang juga calon Timbalan Presiden PKR itu berkata perkara yang penting adalah memastikan kedudukan parti tidak tergugat selepas pemilihan nanti dan mengambil positif bagi setiap keputusan yang akan terhasil nanti.
“Saya sudah beri peluang sepenuhnya sebagai seorang pengikut, saya tidak bertanding pada pemilihan lepas. Jadi, saya harapkan semangat sama apabila tiba giliran saya (menjadi pemimpin).
“Kita perlu teruskan kerja bersama, jangan terlalu berkira siapa di atas. Apa salahnya jika ambil positif sebarang keputusan yang dicapai bersama,” katanya pada Grand Finale: Bersama Membina Parti Kita di Hotel KSL malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, semua ahli PKR perlu ikhlas apabila menjadi pengikut tetapi tidaklah sehingga taat secara membuta tuli.
“Lihat rekod dan prestasi saya, saya bertanding empat kali di kawasan majoriti Melayu, Alhamdulillah saya menang tiga kali. Saya mungkin memilih berdiam diri dan tidak banyak bersuara tetapi percayalah saya akan lawan hingga hujung.
“Melihat keadaan kita ketika ini, percayalah musuh sebenar sedang bersorak, Jadi, walaupun ada rasa untuk menjawab (dakwaan pihak lain), tetapi kita perlu bertahan.
“Rafizi (Rafizi Ramli) sahabat saya, dulu sekarang dan sampai bila-bila, mungkin pendekatan kami berbeza tetapi untuk menjadi pemimpin kita perlu atasi ego sendiri, itu cabaran buat saya juga,” tegasnya.
Nurul Izzah mengakui, beliau memahami perasaan pihak yang tewas yang berasa sistem pemilihan seolah-olah sudah diatur dan tidak adil buat mereka.
“Kita pandang serius dakwaan tersebut, jangan ambil ringan sebarang aduan dibuat perwakilan, adalah penting aduan mereka didengari tetapi saya serahkan itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP),” katanya.
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan