GRS kekal bekerjasama dengan PH, tak terkesan ditolak BN: Hajiji

September 5, 2025 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) biarpun selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan tersebut.

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berkata keputusan bekerjasama dengan PH telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS dengan mengambil kira komposisi kerajaan negeri yang sedia ada.

“GRS sudah pun putuskan kerjasama kita dalam kerajaan sekarang ini kita teruskan bersama PH. Kerajaan sekarang ini adalah GRS dan PH,” kata Hajiji dipetik laporan media.

Hajiji juga berkata GRS tidak terkesan dengan keputusan dibuat BN untuk tidak bekerjasama dengan mereka.

“Itu terpulang kepada BN dan UMNO (jika tidak mahu bekerjasama),” ujarnya lagi.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kenyataan Pengerusin BN, Ahmad Zahid Hamidi, semalam mengenai keputusan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS dalam PRN yang akan datang.

Mengenai keadaan politik yang berbeza antara peringkat negeri dan pusat, Hajiji menjelaskan, “Ini bukan baru berlaku. Di Sabah, BN pembangkang dan di peringkat pusat, BN bersama (kerajaan). Ini biasalah dalam politik, terutama di Sabah.”

Beliau juga berkata bahawa GRS belum membuat keputusan muktamad mengenai kemungkinan untuk bekerjasama dengan BN pada masa hadapan, dan akan membuat pengumuman rasmi selepas perbincangan selesai.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
21 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
23 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
23 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok