Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim.
Pemuda UMNO Pahang mengeluarkan amaran keras kepada MIC berikutan kehadiran wakil parti itu ke Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, yang dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap semangat setia kawan dalam Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim dengan tegas berkata tindakan wakil pemuda MIC hadir ke perhimpunan Bersatu sebagai satu pengkhianatan kepada BN dan tidak menghormati persefahaman dalam gabungan itu.
“Wahai MIC, jangan khianat kepada Barisan Nasional (BN)! Kami beri kata dua, sama ada setia atau pergi,” kata Mohd Kamil dalam kenyataan.
Menurut Kamil, kejayaan MIC memenangi banyak kerusi selama ini tidak terlepas daripada ihsan dan pengorbanan yang diberikan oleh UMNO.
Malah, pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga adalah hasil daripada semangat kerjasama dan setiakawan dalam BN.
“Kalau MIC terus memilih untuk mesra dengan Perikatan Nasional (PN) maka wajar dipertimbangkan untuk dipulangkan semula segala kedudukan itu,” ujarnya.
Jelasnya lagi, kekuatan BN yang bertahan sejak merdeka berasaskan nilai setia, hormat, dan percaya antara parti komponen.
Kekuatan itu, katanya, tidak dibina atas dasar drama atau tindakan menikam dari belakang.
“Kalau mahu terus bersama dalam rumah besar ini, hormatilah adabnya. Kalau tidak mampu, lebih baik undur dengan bermaruah,” tegasnya lagi.
Kamil juga menyeru semua pihak untuk memperkukuh parti masing-masing dan tidak mengkhianati perjuangan sahabat sekutu hanya kerana dorongan nafsu politik semata-mata.
Insiden ini tercetus setelah Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan, hadir pada PAT sayap Armada Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, baru-baru ini.
Langkah tersebut menimbulkan kemarahan dalam kalangan pemimpin UMNO, terutamanya ketika laporan menyatakan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini pernah ‘melamar’ MCA dan MIC untuk menyertai gabungan mereka.
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat