Zara Qairina ditemui dalam longkang, tengkuk berdarah: Pengawal Keselamatan

September 10, 2025 · Isu semasa

Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menemui Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah di dalam sebuah longkang pada awal pagi 16 Julai lalu.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, berkata pada mulanya membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah kira-kira jam 2 pagi dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.

“Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang juga asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.

Menurut Linah, kira-kira jam 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, beliau dimaklumkan oleh seorang pelajar bahawa ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.

“Saya terus menghubungi Ketua Warden Asrama, Ustaz Azhari berkenaan kejadian itu.

“Selepas menghubungi Ketua Warden Asrama tersebut, saya mengambil sekeping gambar Zara dalam keadaan terlentang di longkang berkenaan,” katanya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Dalam keterangannya, Linah turut mendedahkan blok asrama tempat kejadian itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan gril keselamatan di koridor bangunan.

“Setahu saya, tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di blok asrama Rabiatul Adawiyah. Tiada juga gril (palang besi) dipasang di koridor bangunan asrama tersebut,” katanya sambil menambah keadaan itu menyukarkan pemantauan keselamatan pelajar, terutama pada waktu malam.

Beliau memaklumkan ambulans tiba kira-kira jam 4 pagi dan membawa Zara ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada 17 Julai lalu.

Inkues bagi kes kematian Zara Qairina ini diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 13 Ogos lalu setelah meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum ini, pada 8 Ogos, AGC juga memaklumkan bahawa kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

Prosiding inkues tersebut turut dihadiri oleh pasukan pendakwaan serta peguam yang mewakili keluarga Allahyarham dan beberapa remaja yang tertuduh dalam kes buli yang didakwa berkaitan dengan kematiannya.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026· Isu semasa
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
April 30, 2026· Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
April 30, 2026· Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM sahkan panggil Rafizi beri keterangan Isnin
May 2, 2026 · Isu semasa
Ringgit kukuh, ekonomi Malaysia kian diyakini dunia: Kamil
May 2, 2026 · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
13 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
14 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok