Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir secara sinis kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang mendakwa sedang menyiasat harta miliknya di United Kingdom (UK) masih dijalankan.
Bekas perdana menteri itu dengan tegas menafikan memiliki sebarang aset di negara tersebut dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu helah untuk melengahkan kes mahkamah yang melibatkannya.
“Saya kagum membaca kenyataan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, bahawa ia akan siasat harta saya di United Kingdom (UK).
Saya juga hairan. Rupa-rupanya saya ada harta di UK. Saya tak tahu. Tolong bagi tahu kepada saya supaya saya dapat claim harta ini. Setelah dapat harta ini saya akan hadiah kepada ramai yang miskin,” katanya dalam hantaran media sosial hari ini.
Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang mengarahkan siasatan ini bagi tujuan melambatkan kes mahkamah yang sedang dihadapinya kerana saman fitnah yang dikemukakan sebelum ini.
“Apabila saya saman dia, dia minta dua minggu untuk jawab saman saya.
“Sekarang sudah dua tahun. Masih tidak sanggup ke mahkamah. Masih hendak tangguh. Konon saya ada harta di UK. Siasatan akan ambil masa. Tangguh lagi,” katanya lagi.
Laporan media dua hari lalu memetik Azam berkata siasatan terhadap Dr Mahathir masih berjalan dengan fokus diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di UK.
Azam berkata pihaknya sedang dalam proses mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa UK berhubung perkara itu.
Pada April 2024, Azam dilaporkan mengesahkan Dr Mahathir antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Sebagai sebahagian daripada siasatan itu, kedua-dua anak beliau, Mirzan dan Mokhzani Mahathir diberi notis untuk mengisytiharkan harta mereka di bawah Akta SPRM 2009.
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri