Kes polis.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat dua laporan polis berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa operasi pengosongan 37 unit rumah di Kampung Sungai Baru.
Ketua Penerangan AMK Kuala Lumpur, Mohammad Rais Hamda berkata laporan dibuat AMK Kuala Lumpur dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 8 malam ini.
Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan itu berkata anak muda mengecam sekeras-kerasnya ugutan bunuh seumpama itu yang boleh menjejaskan keharmonian negara yang telah lama dibina.
“Kami berharap kertas siasatan akan dibuka dan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku berkenaan,” katanya yang turut ditemani Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor, Abdullah Zaid Abdullah Sani dan ahli-ahli AMK.
Terdahulu, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap Anwar dan mendakwa dirinya pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superitenden Nuzulan Mohd Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. – Bernama
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
UMNO Negeri Sembilan sedia jadi pembangkang: Jalaluddin
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan