Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi membuat pendedahan kononnya kena 'jerit' dengan Presiden, Anwar semasa mesyuarat sebelum ini.
Kekalahan dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR tidak menyebabkan Rafizi Ramli melatah dan matang dalam menerima keputusan yang diumumkan malam tadi.
Bagaimanapun, Rafizi enggan mengulas mengulas lanjut berhubung keputusan pemilihan parti selepas diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Zaliha Mustafa.
Ketika ditemui pemberita, Rafizi hanya berkata, “It’s ok, you should ask the (new) Timbalan Presiden.”
Rafizi juga ditanya sama ada beliau menerima keputusan tersebut dengan baik.
“Apa jenis soalan itu?” balasnya ringkas sebelum beredar.
Dalam keputusan rasmi yang diumumkan, Nurul Izzah Anwar disahkan berjaya merampas jawatan nombor dua dalam parti daripada penyandangnya, Rafizi.
Nurul Izzah meraih sebanyak 9,803 undi, manakala Rafizi memperoleh 3,866 undi.
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan