Banjir di Sabah masih kritikal, mangsa dipindahkan ke PPS meningkat

September 16, 2025 · Isu semasa

Keadaan banjir di Sabah menunjukkan trend membimbangkan dengan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan, manakala keadaan di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pula semakin pulih.

Sehingga jam 4 petang ini, jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) telah meningkat kepada 2,813 orang daripada 752 keluarga.

Mereka ditempatkan di 21 PPS dan sebuah PPK, berbanding 2,468 orang pada waktu pagi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, seramai 940 orang mangsa dari 232 keluarga di Penampang merupakan kumpulan terbesar, diikuti oleh Membakut (815 orang) dan Putatan (538 orang).

Keseluruhannya, 95 kampung di lima daerah masih terjejas.

“Daerah paling teruk terjejas ialah Penampang,” menurut kenyataan rasmi JPBN Sabah.

Sementara itu, keadaan di negeri-negeri lain menunjukkan kemajuan positif. Di Perak, jumlah mangsa berkurangan secara mendadak kepada hanya 49 orang daripada 12 keluarga di daerah Muallim, berbanding 397 orang pagi tadi.

“Mangsa yang ditempatkan di empat buah PPS sebelum ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah banjir pulih sepenuhnya,” jelas Sekretariat JPBN Perak.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada kerana Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut dan hujan di beberapa daerah pada waktu petang dan malam ini.

Di Selangor, hanya 10 mangsa daripada dua keluarga yang masih tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat.

Manakala di Negeri Sembilan, semua pusat pemindahan telah ditutup.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan beberapa daerah di Perak antaranya Kinta, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang, Kampar dan Muallim dijangka mengalami ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam.

Berita berkaitan
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
June 13, 2026· Politik
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
May 30, 2026· Isu semasa
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
May 30, 2026· Isu semasa
Skandal air Sabah: Bekas pengarah JANS didapati bersalah kes pengubahan wang haram
May 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
1 jam lalu · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
1 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
1 jam lalu · Isu semasa
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
18 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok