Rafizi Ramli.
Siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu, menghadapi halangan ekoran kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak jelas.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, mengakui pihaknya sukar untuk mengenal pasti suspek walaupun beberapa individu telah dikesan melalui rakaman berkenaan.
“Kita mengesan pergerakan itu. Kita pun sedia makkalum bahawa ada beberapa individu yang kita kenal pasti melalui rakaman, tetapi rakaman litar (CCTV) itu nampaknya tidak begitu jelas dan individu tidak dapat dikenali,” jelas beliau dalam satu sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Menurutnya, polis juga masih menunggu laporan penuh daripada hospital berkenaan jenis cecair yang disuntik ke dalam tubuh mangsa bagi membantu siasatan.
“Siasatan itu dibuat oleh pihak hospital. Jadi kita masih lagi menunggu beberapa maklumat daripada pihak hospital,” tambahnya.
Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari apabila anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun ditarik secara tiba-tiba oleh seorang lelaki sebelum dicucuk dengan jarum suntikan.
Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan fizikal.
Rafizi sebelum ini mendedahkan dua lelaki menaiki motosikal dipercayai mengekori kenderaan isterinya sebelum serangan itu dilakukan.
Polis Selangor mengesahkan mereka telah mengesan dua individu bermotosikal serta kenderaan yang digunakan, namun nombor pendaftarannya adalah palsu.
Sehingga kini, tiada tangkapan telah dilakukan dan siasatan masih diteruskan.
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum