Sumber: Wan Fayhsal dakwa ada bukti PAS sokong Hamzah? Tapi Takiyuddin nafi

October 2, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa mempunyai bukti berhubung sokongan PAS untuk menamakan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin sebagai calon perdana menteri (PM) bagi Perikatan Nasional (PN).

Sumber dalaman parti mendedahkan, Wan Fayhsal dalam perbualan kumpulan WhatsApp Bersatu memberitahu sanggup menjadi saksi dan bersumpah bagi membuktikan wujud sokongan PAS terhadap Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut untuk menjadi calon PM bagi gabungan itu.

Pihak Agenda Daily juga sudah melihat tangkap layar perbualan WhatsApp yang ditulis oleh Wan Fayhsal bagi membalas jawapan kepada isu melibatkan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang berdepan tindakan disiplin baru-baru ini.

“Saya saksi dan tiada masalah nak bersumpah dengan Al-Quran apa yang telah kami saksi dan dengar sendiri daripada pimpinan PAS,” tulis Wan Fayhsal.

Bagaimanapun, kenyataan Wan Fayhsal itu dilihat bercanggah selepas Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menafikan parti itu pernah mencalonkan mana-mana individu sebagai calon PM bagi PN, susulan audio tular yang mendakwa pimpinan PAS termasuk Presiden Abdul Hadi Awang setuju menjadikan Hamzah calon PM.

Takiyuddin berkata, isu calon perdana menteri bagi mewakili pembangkang tidak pernah dibincangkan di peringkat PAS atau PN.

“Presiden PAS baru-baru ini menegaskan kita tidak mahu menamakan sesiapa sebagai calon PM, fokus kita untuk menang PRU-16 dahulu, calon PM ditentukan kemudian.

“Dalam PN, ramai pemimpin berpotensi, bukan hanya satu calon. Jadi, isu itu tidak timbul,” katanya semasa sidang media semalam.

Berhubung dakwaan dalam audio yang tular sejak awal pagi tadi, Takiyuddin berkata pihak terbabit perlu membuktikanya.

Penyebaran audio itu berlaku ketika isu calon PM dari PN hangat diperkatakan dan turut dikaitkan dengan akuan berkanun (SD) berkait kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

Perkara itu muncul ketika perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bulan lalu yang menyaksikan Muhyiddin diumum sebagai calon perdana menteri ke-11.

Audio itu juga disebarkan ketika perbalahan dalam Bersatu dilihat semakin hangat apabila Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan mendakwa Setiausaha Agung Azmin Ali tidak layak menjadi pemimpin selagi kontroversi ‘video’ didakwa membabitkan dirinya belum selesai.

Berita berkaitan
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
November 24, 2026· Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
17 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026· Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
November 24, 2026 · Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026 · Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
4 jam lalu · Politik
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
17 jam lalu · Politik
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok