Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan sokongan padu terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dengan menegaskan ia merupakan satu usaha murni untuk membantu golongan yang kelaparan, termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak.
Baginda bertitah para sukarelawan, termasuk rakyat Malaysia, sanggup menggalas pelbagai risiko dan cabaran demi menyampaikan mesej kemanusiaan ke peringkat global.
“Misi ini merupakan contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Mereka hanya dalam misi kemanusiaan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Ini jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat,” titah Seri Paduka Baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Titah tersebut disampaikan selepas Baginda menerima taklimat terkini mengenai perkembangan semasa misi GSF, termasuk segala usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membebaskan sukarelawan yang ditahan.
Baginda turut menitahkan harapan dan doa agar segala usaha murni yang digerakkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia itu diberkati.
“Semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat kita dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah Baginda.
Pertemuan tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail yang mengadap Baginda di Istana Bukit Tunku bagi membincangkan perkembangan terkini situasi tersebut.
Anwar kehilangan abang tercinta, mohon doa buat Idrus Ibrahim
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum