Himpunan di depan Kedutaan Amerika Syarikat.
Dua peserta himpunan aman pro-Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam atas dakwaan menghalang tugas polis, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan kedua-dua suspek berusia 23 dan 32 tahun itu dibebaskan selepas siasatan awal dijalankan dan menjelaskan siasatan masih aktif dan akan diteruskan.
“Kedua-dua suspek telah dirakam keterangan untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan pada malam hari yang sama.
“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” jelas Fadil dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Terdahulu, media melaporkan berlaku kekecohan apabila peserta himpunan didakwa menutup aliran trafik di Jalan Tun Razak, yang mengakibatkan seorang anggota polis cedera di bahagian mulut.
Walaupun insiden itu berlaku, Fadil sekali lagi menegaskan komitmen polis untuk memastikan perhimpunan aman berjalan lancar, terutamanya yang berkaitan dengan isu kemanusiaan di Gaza.
Beliau bagaimanapun menekankan kepentingan untuk orang ramai mematuhi undang-undang.
“Polis Kuala Lumpur menghargai kebebasan berhimpun, namun peserta dinasihatkan mematuhi undang-undang serta arahan polis demi ketenteraman awam agar himpunan berjalan lancar dan tidak dipandang negatif,” ujar Fadil.
Beliau juga memberi jaminan pihaknya bersedia membantu melancarkan mana-mana perhimpunan susulan berhubung tindakan Israel terhadap misi kemanusiaan ke Gaza, sambil mengulangi seruan agar semua pihak bekerjasama mengekalkan keamanan.
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan