Kementerian Pelancongan akur teguran PMX, janji elak isu arak berulang

October 7, 2025 · Isu semasa

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima teguran keras Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung isu penghidangan arak dalam satu majlis industri pelancongan yang dihadiri Menterinya, Tiong King Sing.

MOTAC dalam satu kenyataan memohon maaf atas segala “kekeliruan atau salah faham” yang timbul dan berjanji insiden itu tidak akan berulang.

Kementerian itu berkata, mereka menerima teguran berkenaan dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati.

“Kementerian mengambil iktibar daripada perkara ini dan akan memastikan agar perkara seumpama ini tidak akan berulang.

“MOTAC juga akan memastikan setiap pelaksanaan program di bawah seliaannya mematuhi garis panduan serta etika yang telah ditetarkan,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, Anwar memberi amaran keras kepada King Sing serta kementeriannya bagi memastikan insen penghidangan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang.

Beliau menegaskan penjelasan kementerian tersebut minuman keras hanya dihidangkan selepas acara rasmi tamat adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima.

MOTAC turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas nasihat dan pandangan membina yang diberikan.

“Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Motac akan terus memperkukuh komunikasi serta memastikan penambahbaikan berterusan,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, King Sing enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditemui pemberita di Sunway hari ini.

Isu ini tercetus ekoran tularnya gambar yang memaparkan minuman keras dihidangkan pada majlis makan malam sempena program Global Travel Meet yang dihadiri oleh King Sing.

Beberapa gambar lain turut menunjukkan menteri berkenaan serta beberapa tetamu yang hadir memegang gelas berisi wain dan bir.

Dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan sebarang bentuk penghidangan arak dalam sebarang acara rasmi kerajaan.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
5 jam lalu· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
5 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
5 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
5 jam lalu · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
5 jam lalu · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok