Kes mahkamah: Bicara kes rasuah Guan Eng bersambung pada Selasa

October 12, 2025 · Politik

Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, akan disambung pada Selasa ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sesi perbicaraan akan menyaksikan ahli perniagaan, G. Gnanaraja, 44, bakal menyambung keterangan di bawah soal balas pihak pembelaan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau merupakan salah seorang saksi penting bagi pihak pendakwaan dalam kes yang berkaitan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang itu.

Dalam keterangan sebelumnya, Gnanaraja mengaku berkhidmat untuk Guan Eng dengan menubuhkan syarikat Bumi Muhibah Capital Sdn. Bhd. serta membuka akaun bank atas permintaan bekas Ketua Menteri tersebut pada tahun 2016.

Beliau menyatakan syarikat itu bertindak sebagai “pengeluar wang tunggal” untuk memenuhi permintaan Guan Eng berkaitan penyaluran wang hampir RM30 juta.

Namun, ketika disoal balas oleh peguam pembela, Ramkarpal Singh, Gnanaraja menegaskan bahawa beliau tidak membenarkan syarikatnya digunakan untuk melakukan sebarang kesalahan.

“Saya berkhidmat untuk Ketua Menteri dan perlu melaksanakannya,” kata Gnanaraja merujuk kepada arahan yang diterimanya.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan projek itu.

Kesalahan didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat miliknya dilantik untuk projek sama.

Kesalahan didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
2 jam lalu· Politik
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
2 jam lalu· Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
2 jam lalu· Isu semasa
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
2 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
3 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok