Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pelaksanaan inisiatif pendidikan percuma seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan dilaksanakan berdasarkan keperluan pengambilan tahunan semasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir menjelaskan jumlah 5,800 pelajar yang disebut adalah satu anggaran, dan angka sebenar akan bergantung kepada kapasiti serta kemasukan baharu IPT pada setiap tahun.
Ujarnya, senarai penerima manfaat akan ditentukan oleh proses pengambilan tahunan institusi.
“Senarai penerima akan bergantung kepada bilangan pengambilan baharu setiap tahun. Angkanya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kapasiti institusi,” jelas Zambry selepas menghadiri Dialog Dasar Kesatuan Eropah (EU) – ASEAN Pendidikan Tinggi hari ini.
Inisiatif bernilai RM120 juta setahun yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu disasarkan kepada pelajar daripada keluarga miskin dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,705.
Zambry menekankan langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk membantu pelajar cemerlang yang menghadapi halangan kewangan.
“Apa yang ditunjukkan ini menggambarkan kerajaan mempunyai nilai keihsanan dan prihatin kepada nasib mereka yang kurang bernasib baik.
“Kita tidak mahu kekangan, kesusahan dan kemiskinan itu menyebabkan mereka yang pandai daripada keluarga miskin ini tidak dapat meneruskan pendidikan mereka,” ujarnya.
Mengenai dialog tersebut, Zambry menyatakan bahawa ia memfokuskan pada pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).
Beliau juga mengumumkan satu dasar baharu berkaitan TVET dan pembangunan bakat dalam kalangan negara ASEAN akan diperkenalkan tidak lama lagi.
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat