SPR menetapkan 29 November sebagai hari mengundi bagi PRN Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan jadual penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dan menetapkan 29 November sebagai hari mengundi.
Pengerusi SPR, Ramlan Harun, dalam satu sidang media khas memaklumkan proses pilihan raya itu akan bermula dengan penamaan calon pada 15 November nanti manakala pengundian awal telah ditetapkan pada 25 November.
Beliau berkata, writ pilihan raya telah pun dikeluarkan hari ini bagi memulakan proses demokrasi tersebut, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu.
“SPR juga memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM116.8 juta bagi melaksanakan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 ini,” jelas Ramlan.
Menurutnya, peruntukan besar itu adalah bagi menampung kos pelantikan seramai 33,002 petugas pilihan raya yang akan memastikan kelancaran proses pilihan raya di seluruh negeri.
“Bagi tujuan itu, seramai 25 Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) dan 196 Penolong RO telah dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” ujarnya.
Tambah Ramlan lagi bagi memastikan kempen berjalan lancar dan tertib, SPR akan menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
Pasukan ini akan dianggotai oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding bagi memantau aktiviti kempen sepanjang tempoh berkempen.
PRN kali ini menyaksikan pertandingan bagi semua 73 kerusi DUN di 25 kawasan Parlimen negeri ini, menandakan satu lagi episod penting dalam landskap politik Sabah.
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib