Tajuddin Abdul Rahman.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman mendakwa MIC bakal meninggalkan Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi.
Menurut bekas Ahli Parlimen UMNO itu, maklumat tersebut diperolehinya secara langsung daripada Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, semasa majlis sambutan Deepavali di kediamannya pada Isnin.
“Dia (Saravanan) beritahu saya bahawa MIC *mungkin akan keluar daripada BN bulan depan*,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok pada Selasa.
Tajuddin menambah, walaupun alasan sebenar di sebalik keputusan itu tidak didedahkan kepadanya sepenuhnya, namun difahamkan terdapat beberapa perkara yang menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pimpinan MIC.
“Saya tanya kenapa, dia ada beritahu ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati, tetapi saya tidak boleh sebutkan di sini kerana perkara itu sensitif dan sulit,” jelasnya.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan BN tidak pernah memaksa mana-mana parti komponen untuk kekal atau keluar daripada gabungan tersebut.
Tajuddin juga menyeru agar Saravanan dan MIC mempertimbangkan semula keputusan berkenaan, memandangkan parti itu telah lama berganding bahu dengan BN.
“Kita telah mengharungi suka duka bersama dalam politik Malaysia ini. Banyak sumbangan MIC terhadap kemajuan dan pembangunan negara,” katanya.
“Saya nasihatkan beliau supaya mempertimbangkan semula keputusan itu.
“Beliau nampak bertegas. Bagaimanapun, mungkin beliau akan mendapat petunjuk dan hidayah, saya harap begitu supaya MIC tetap kekal bersama BN,” kata Tajuddin.
MIC dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung masa depannya dalam BN pada masa terdekat, sekaligus menimbulkan persoalan besar tentang survival gabungan itu pada Perhimpunan Agung parti November ini.
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat