MP Pendang cetus kekecohan dalam Dewan Rakyat dengan kenyataan ‘Hulu Laknat’

November 3, 2025 · Politik

Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat apabila kenyataan kontroversi yang didakwa menghina dikeluarkan oleh Awang Hashim (PN-Pendang) semasa sesi penggulungan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, mendakwa Awang Hashim dengan sengaja beberapa kali menyebut perkataan ‘Hulu Laknat’ yang difahami membawa maksud penghinaan dan secara jelas merujuk kepada nama rasmi daerah Hulu Langat di Selangor.

Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja mencemar maruah Hulu Langat dan penduduknya, malah dianggap menghina naungan serta pemerintahan Sultan Selangor.

“Ia amat tidak wajar, tidak beradab dan bertentangan dengan prinsip keluhuran Perlembagaan serta tatakelakuan seorang Ahli Yang Berhormat,” tegas Mohd Sany dalam satu sidang media di Parlimen.

Beliau turut mempersoalkan kesesuaian penggunaan perkataan berbaur negatif itu.

“Laknat ini kalau disebut dalam al-Quran, Allah sebut pada syaitan, iblis (dan) Firaun. Adakah ia juga disebut kepada 1.5 juta warga Hulu Langat?” tambahnya lagi.

Beliau telah mengemukakan usul rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,Johari Abdul bagi membolehkan siasatan segera dijalankan.

“Dalam usul, saya mencadangkan Ahli Parlimen Pendang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Turut menyokong gesaan itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang turut mendakwa Awang Hashim pernah menyebut ‘Kota Celaka’ sebagai sindiran kepada kawannya pada Oktober lalu.

“Kita mengkritik sekeras-kerasnya perbuatan Ahli Parlimen Pendang berkenaan. Apabila saya balik ke kawasan, penduduk menyatakan rasa tidak puas hati dan marah,” ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen lain turut bersama-sama menggesa tindakan tegas diambil bagi mengekalkan maruah dan adab dalam dewan yang mulia.

Berita berkaitan
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
September 21, 2026· Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
PAS mahu PRN SG4 serentak dengan PRU-16, tolak cadangan UMNO: Hadi
September 18, 2026· Politik
PRN Terengganu: Tuan Ibrahim nafi PAS tak ikhlas dengan UMNO
September 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
10 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
10 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
10 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
16 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok