BN tampil wajah baharu, pengkhianat digugurkan: Bung Mokhtar

November 10, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) Sabah menampilkan wajah baharu dengan pembersihan ahli-ahli yang dianggap pengkhianat, sekali gus memperlihatkan keseriusan parti itu untuk bangkit semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini.

Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, berkata senarai calon BN yang diumumkan semalam adalah manifestasi kepada tindakan tegas parti bagi menyingkirkan kumpulan terbabit.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyifatkan BN Sabah kini berubah dengan 80 peratus calon yang diumumkan merupakan muka baharu.

“BN Sabah berwajah baharu, semua pengkhianat parti sudah dibersihkan.

“Kami bertekad untuk membangun Sabah dan memakmurkan rakyat serta kami memberi jaminan akan mengeluarkan Sabah daripada data kemiskinan yang selama ini membelenggu kehidupan rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Menurut Bung Moktar, BN komited untuk membangunkan Sabah dan menyelesaikan isi lama yang membelenggu rakyat seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya, yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu.

“BN bukan sebuah parti baharu. BN adalah gerakan rakyat yang berterusan dan konsisten memperjuangkan untung nasib rakyat di seluruh negara,” tegasnya lagi.

Beliau juga menyatakan kesediaan BN di semua peringkat untuk mencapai kemenangan pada PRN kali ini.

“Pada PRN Sabah kali ini, BN sudah bersedia serta siap siaga di semua peringkat untuk mencapai kemenangan demi mengembalikan kegemilangan negeri dan rakyat Sabah.”

Kenyataan beliau mengenai ‘pengkhianat’ itu dipercayai merujuk kepada beberapa bekas pemimpin, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang sebelum ini keluar parti.

Dua ADUN BN yang didakwa mengambil pendirian tidak selari dengan UMNO Sabah turut digugurkan daripada senarai calon.

BN semalam mengumumkan 41 calon untuk bertanding pada PRN Sabah pada 29 November ini, dengan hanya 20 peratus daripadanya merupakan calon lama, termasuk lima penyandang.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
3 jam lalu· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
3 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
18 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
18 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
18 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
18 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok