Rafizi Ramli.
Walaupun ditawarkan untuk memegang jawatan dalam parti, Rafizi bertegas tidak akan menerimanya sama sekali buat masa ini.
Ahli Parlimen Pandan yang tewas dalam pemilihan PKR baru-baru ini berkata tidak akan menerima lantikan jawatan parti walaupun ditawarkan menjadi Presiden.
Bagaimanapun, Rafizi mengaku Timbalan Presiden yang baharu, Nurul Izzah Anwar pernah membayangkan hasrat untuk ‘membawanya masuk’ jika ada pelantikan ke jawatan itu.
“Malah Nurul Izzah ketika jumpa saya hari itu, dia cuba nak bawa kalau ada Timbalan Presiden dilantik.
“Kalau Timbalan Presiden pun, kalau (jawatan) Presiden dilantik sekalipun saya tak berminat, apatah lagi apa-apa jawatan lain,” katanya dipetik laporan media.
Beliau berkata, isunya bukan soal jawatan sebaliknya ia berkenaan mesej dan perjuangan yang dibawa ketika dalam PKR.
Sewaktu ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran dari parti lain, Rafizi berkata: “Saya tidak tahu, saya tidak check (periksa) What’sApp.”
Rafizi bagaimanapun berkata akan kekal sebagai Ahli Parlimen kerana rakyat yang memilihnya semasa pilihan raya lalu.
“Jika orang tanya mengapa saya tidak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, yang memilih saya adalah rakyat, jadi saya perlu menghormati keputusan rakyat,” ujarnya.
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri