Kon Yeow bertegas kerajaan P. Pinang tidak akan bayar pampasan kepada Kedah

November 21, 2025 · Politik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara tegas menegaskan tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk membayar sewa, pampasan, atau bayaran kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow menjelaskan kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia adalah jelas dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan beliau itu menjawab dakwaan terkini Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang mendakwa Pulau Pinang sebagai wilayah Kedah dan mengisyaratkan tindakan undang-undang.

Menurut Kon Yeow, berdasarkan Perjanjian 1869 dan peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan, sebarang komitmen bayaran tahunan dari zaman pentadbiran British telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dari sudut undang-undang, Pulau Pinang tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk membayar sebarang bentuk sewaan, pampasan atau bayaran kepada Kedah,” katanya semasa sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri.

Beliau turut berkata sempadan antara kedua-dua negeri telah ditetapkan secara muktamad melalui Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985.

“Oleh itu, kerajaan negeri menolak sekeras-kerasnya sebarang naratif, provokasi atau mesej kebencian yang dimainkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab sehingga mampu menggugat keharmonian awam,” tambahnya lagi.

Beliau juga berkata Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan, dan segala komitmen kewangan sejarah yang melibatkan Kedah adalah urusan Kerajaan Persekutuan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
October 24, 2026· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Akmal lelong motosikal, ikan tilapia bayar saman fitnah
October 21, 2026· Politik
Akmal tetap lawan, enggan berundur selepas kalah saman fitnah RM300 ribu
October 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
October 25, 2026 · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
October 25, 2026 · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
October 25, 2026 · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
14 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok