Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Pemuda UMNO Pandan berharap tiada desakan dibuat terhadap Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya meletak jawatan sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri.
Ketua pemuda bahagian itu, Rizwan Shah Azlan, berkata tidak wajar untuk Tengku Zafrul didesak melepaskan jawatan di saat krisis ekonomi global berlaku hari ini.
Katanya, Zafrul mempunyai prestasi dan rekod pencapaian yang konsisten dan tidak seharusnya diletakkan di bangku simpanan sewaktu negara memerlukan barisan Kabinet terbabit untuk mengukuhkan pelaburan negara.
“Keputusan beliau (meletak jawatan) bukan sesuatu yang mudah memandangkan dia sudah bersama UMNO sejak tahun 1997 dan kita harus menghormati hak beliau sebagai individu untuk menentukan hala tuju politiknya, setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk keserasian dan kesesuaian dalam perjuangan politiknya.
“Sepanjang saya berkhidmat bersama beliau di Pejabat Setiausaha Politik Menteri di Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri, saya menyaksikan sendiri tahap profesionalisme, integriti, dan dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri.
“Beliau sentiasa menekankan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi dan ini jelas terpancar dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil,” katanya.
Rizwan Shah berkata kepemimpinan Zafrul yang berteraskan pengalaman luas dalam sektor kewangan dan pentadbiran kerajaan juga membawa banyak manfaat kepada negara, terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan, dan industri.
“Jadi tidak salah jika beliau mencari tempat untuk terus menyumbang kepada negara.
“Saya percaya bahawa keputusannya adalah terbaik dan dibuat berdasarkan pertimbangan yang mendalam demi kepentingan negara. Kita harus menghormati dan menyokong individu yang berusaha untuk membawa perubahan positif kepada negara, tanpa mengira latar belakang politik,” katanya lagi.
Terdahulu baru-baru ini, Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO bagi menyertai PKR.
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan