Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, enggan menjawab pertanyaan spekulatif mengenai kemungkinan pelanjutan kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Perkara itu timbul ekoran soalan bertulis Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bercadang untuk melanjutkan kontrak perkhidmatan Azam Baki untuk kali keempat.
Dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat semalam, Azalina memetik Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) yang melarang soalan bersifat spekulatif atau mengenai rancangan masa depan yang belum menjadi isu.
“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h), soalan berkaitan cadangan atau rancangan masa depan yang bersifat spekulatif adalah tidak sesuai untuk diberikan jawapan khusus kerana ia melibatkan perkara yang ‘belum lagi menjadi masalah’ atau bersifat spekulatif semata-mata,” jelasnya.
Beliau menjelaskan keputusan mengenai sebarang pelanjutan kontrak pada masa hadapan akan dibuat berdasarkan penilaian prestasi, keperluan agensi serta pertimbangan yang wajar.
“Kerajaan komited memastikan SPRM beroperasi dengan berkesan, dan akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan negara dan rakyat apabila tiba masanya,” tegas Azalina.
Isu pelanjutan kontrak Azam sebelum ini telah mendapat perhatian dan kritikan dalaman Pakatan Harapan (PH).
Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, pernah menyifatkan lanjutan kontrak ketiga Azam di bawah kepimpinan Anwar sebagai “tidak dialu-alukan” dan menegaskan PKR perlu “berdiri teguh untuk reformasi”.
Rafizi dalam soalan turut merujuk kepada kritikan terhadap Azam, termasuk persepsi kelewatan siasatan SPRM dalam skandal rasuah lesen perlombongan di Sabah yang didakwa melibatkan beberapa ADUN dan pemimpin kerajaan negeri.
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi