Hutan kerajaan.
Kerajaan memberi komitmen yang kukuh dalam pengurusan fiskal negara dengan menyasarkan penurunan hutang baharu tahun 2025 kepada kira-kira RM75 bilion, menurut Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri bberkata langkah itu adalah kesinambungan daripada trend penurunan defisit yang konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kadar defisit menunjukkan trend penurunan yang konsisten dari tahun ke tahun dan penurunan defisit ini bermakna pinjaman baharu kerajaan turut berkurangan,” tegas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri memaklumkan jumlah pinjaman baharu kerajaan telah berjaya dikurangkan daripada RM100 bilion pada 2021 kepada unjuran RM75 bilion untuk 2025.
Beliau turut mendedahkan kadar pertumbuhan hutang juga menurun daripada 10.2 peratus pada 2022 kepada dijangka sekitar 6.0 peratus tahun hadapan.
“Trend ini menjadi bukti nyata bahawa kerajaan memastikan hutang negara diurus secara bertanggungjawab dan digunakan bagi pembiayaan pelaburan yang produktif,” jelasnya sambil menambah bahawa kerajaan sentiasa memenuhi obligasi pembayaran hutang mengikut jadual.
Menurut data yang dikongsi, sehingga akhir September 2025, jumlah hutang Persekutuan adalah RM1.32 trilion atau 65.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Anwar menegaskan paras itu masih di bawah had statutori yang ditetapkan.
Mengenai komitmen luar negara, Anwar berkata pinjaman luar pesisir terkawal pada RM22.4 bilion, iaitu di bawah had RM35 bilion yang dibenarkan oleh undang-undang.
“Ini membuktikan kapasiti kewangan kerajaan untuk menguruskan hutang secara berhemat,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan kerajaan mensasarkan nisbah hutang kepada KDNK dapat distabilkan dan dikurangkan dalam jangka sederhana mulai 2027 atau 2028, selaras dengan usaha memperkukuh ketahanan fiskal negara.
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?