Fahmi sangkal dakwaan MP Pasir Mas, nafi kerajaan campur tangan

December 5, 2025 · Politik

Fahmi Fadzil menepis tuduhan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari, dengan menyifatkannya sebagai fitnah yang jauh menyimpang daripada kenyataan sebenar.

Menteri Komunikasi itu berkata Fadhli sepatutnya meneliti kenyataan berkenaan sebelum membuat tuduhan yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Beliau patut baca dan fahami dulu kenyataan itu sebelum lontar tuduhan melulu” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau turut mengingatkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan sendiri sebelum ini menyatakan persetujuan untuk perkara tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Takiyuddin sendiri sudah cakap bersedia untuk dirujuk, jadi apa isu sebenarnya?” soal Fahmi.

Terdahulu, Fadhli mendakwa kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Azalina Othman Said mengatakan Jemaah Menteri memutuskan supaya Takiyuddin dirujuk kepada jawatankuasa tersebut menimbulkan kebimbangan seolah-olah wujud campur tangan eksekutif dalam urusan Parlimen.

Menurutnya, hal ehwal disiplin Ahli Dewan adalah bidang kuasa eksklusif Dewan Rakyat, bukannya Kabinet.

Namun, Fahmi menegaskan dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan menjelaskan Azalina dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, sudah pun menjelaskan proses yang sedang berjalan.

“Saifuddin dah jelaskan bahawa usul di Dewan akan disesuaikan bagi memastikan ia dirujuk secara rasmi mengikut aturan Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan” katanya.

Menurut Fahmi, langkah itu jelas menunjukkan bahawa tindakan terhadap isu berkenaan diurus sepenuhnya mengikut peraturan Parlimen tanpa sebarang campur tangan luar.

Terdahulu, usul untuk menggantung Takiyuddin daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan telah ditangguhkan.

Cadangan penggantungan itu didakwa berasaskan kepada ucapan beliau yang memberi imej negatif terhadap anggota Maritim Malaysia dan dikatakan menyamakan latihan agensi berkenaan dengan insiden sensitif masa lalu.

Berita berkaitan
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
15 jam lalu· Isu semasa
MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online
May 24, 2026· Isu semasa
MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi
May 24, 2026· Isu semasa
Banyak akaun palsu digunakan untuk hasilkan kandungan 3R: Fahmi
May 24, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
14 jam lalu · Politik
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
15 jam lalu · Politik
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
15 jam lalu · Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
17 jam lalu · Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok