NO DAP, kata MCA.
Persidangan Agung Tahunan MCA hari ini meluluskan resolusi penting yang secara rasmi menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Resolusi itu dikuatkuasakan atas dasar perbezaan ideologi yang ketara antara kedua-dua parti.
Presiden MCA, Wee Ka Siong, menegaskan parti itu akan menentukan hala tuju sendiri sekiranya mana-mana komponen Barisan Nasional (BN) memilih untuk bekerjasama dengan DAP.
“Jika mana-mana parti komponen BN bekerjasama dengan DAP dalam apa jua bentuk semasa pilihan raya umum akan datang, ia membuktikan semangat BN telah mati,” kata Ka Siong dalam ucapannya.
“MCA mestilah bertanding dalam PRU dan PRN akan datang, serta berusaha sepenuhnya untuk mendapatkan mandat rakyat,” tambahnya lagi.
Ka Siong turut berkata MCA akan menilai semula kedudukannya dalam BN sekiranya UMNO terus mengukuhkan kerjasama dengan parti luar, terutamanya DAP, dan bahawa parti itu tidak akan berdiam diri dalam membuat keputusan terbaik untuk kepentingannya.
Resolusi lain yang diluluskan termasuk gesaan agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, digantikan dengan individu yang mampu melaksanakan reformasi pendidikan.
MCA mendakwa kementerian tersebut gagal menangani isu buli, mengenakan sekatan tidak munasabah terhadap aktiviti di sekolah, dan tidak menyelesaikan masalah kekurangan guru.
Selain itu, perhimpunan itu juga mengecam tindakan golongan ekstremis yang menunggang isu perkauman dan agama, menyeru ahli parti bergerak seiring dengan strategi pusat, serta menggesa kerajaan mengurangkan perbelanjaan untuk projek berorientasikan imej dan mempertimbangkan semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum