Dewan Negara: MCMC pantau kontrak Astro demi lindungi pengguna

December 18, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memantau pematuhan penyedia perkhidmatan termasuk Astro bagi memastikan ketelusan maklumat serta kejelasan kontrak kepada pengguna sentiasa dipatuhi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dibuat selaras dengan Kod Amalan Am Pengguna 2022 (GCC) yang mewajibkan penyedia perkhidmatan memaklumkan semua terma dan syarat kontrak sebelum sebarang perjanjian dimeterai.

“Hal ini termasuk tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pengguna serta implikasi sekiranya berlaku pelanggaran kontrak,” katanya ketika menjawab soalan Senator Azahar Hassan di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Fahmi, kegagalan mematuhi GCC boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menegaskan pengguna, termasuk peniaga kecil, perlu membuat pertimbangan teliti sebelum melanggan sesuatu perkhidmatan dengan memahami tempoh komitmen, had penggunaan, caj tambahan, liputan perkhidmatan serta kesan penamatan kontrak lebih awal.

Mengulas sama ada kementerian bersedia mengarahkan Astro mengeluarkan notis amaran sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil yang tidak menyedari status penggunaan siaran komersial, Fahmi menjelaskan sebarang tindakan undang-undang adalah keputusan komersial berdasarkan terma kontrak yang dipersetujui.

“Astro menawarkan dua jenis pakej langganan utama, iaitu pakej komersial untuk premis perniagaan dengan hak tontonan awam, dan pakej kediaman yang hanya dibenarkan untuk tontonan peribadi di rumah,” katanya.

Beliau menambah, larangan penggunaan pakej kediaman di premis komersial telah dinyatakan secara jelas dalam klausa 3.7 terma dan syarat Astro Residential.

Menjawab soalan tambahan mengenai pemantauan MCMC terhadap sumbangan Astro kepada pembangunan kandungan tempatan dan peluang pekerjaan industri kreatif, Fahmi memaklumkan kerajaan tidak lagi menetapkan kuota kandungan tempatan bagi lesen penyiaran baharu.

“Dasar ini diputuskan ketika perbincangan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dan untuk lesen baharu, kuota tersebut tidak lagi dikenakan,” katanya.

Berita berkaitan
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
2 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
3 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
3 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
3 jam lalu · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok