Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya

April 20, 2026 · Isu semasa

Pendekatan rakan sebaya digunakan sebagai strategi utama dalam Kempen Internet Selamat untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan belia, menurut Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata kaedah ini lebih dekat dengan jiwa anak muda dan berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan bagi meningkatkan kesedaran penggunaan teknologi secara lebih berhemah.

“Pendekatan rakan sebaya ini bukan sahaja relevan, malah mampu memberi impak lebih besar kerana mereka memahami cabaran dan gaya komunikasi golongan belia sendiri,” katanya ketika merasmikan Kempen Internet Selamat di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Johor hari ini.

Kempen yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu melibatkan seramai 80 pelajar dan 20 fasilitator Majlis Perwakilan Pelajar daripada beberapa institusi pengajian tinggi di sekitar Pagoh, termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Politeknik Tun Syed Nasir.

Peserta yang terlibat akan berperanan sebagai agen penyampai maklumat keselamatan digital kepada rakan sebaya mereka.

Program ini memberi penekanan kepada ancaman dalam talian seperti penipuan digital, buli siber, penyebaran berita palsu serta risiko perkongsian data peribadi secara berlebihan.

Antara pengisian menarik ialah sketsa interaktif bertajuk “Ops Kantoikan Scammer: Aku Bukan Mangsa Kau!” yang mengetengahkan taktik licik scammer dalam bentuk santai dan mudah difahami.

Kempen Internet Selamat merupakan inisiatif berterusan kerajaan bagi memperkukuh literasi digital rakyat, khususnya dalam kalangan mahasiswa yang semakin terdedah kepada risiko dunia maya.

Sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 47 program telah dianjurkan di institusi pengajian tinggi seluruh negara dengan penyertaan lebih 23,000 pelajar.

Usaha ini dilihat selari dengan keperluan semasa apabila penggunaan internet dalam kalangan belia semakin meningkat, sekali gus menuntut kesedaran yang lebih tinggi terhadap aspek keselamatan digital.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
4 jam lalu· Isu semasa
Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada
4 jam lalu· Isu semasa
PH pilih pendekatan politik khidmat di Melaka, bukan hanya bersuara lantang: Fahmi
17 jam lalu· Politik
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
November 2, 2026 · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
4 jam lalu · Isu semasa
Utusan Malaysia, Kosmo! rombak operasi, hampir 100 pekerja bercuti berbayar
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok