Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) wajar dilihat sebagai kemenangan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang, bukannya kejayaan politik mana-mana pihak atau kejatuhan individu tertentu.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, walaupun keputusan itu masih tertakluk kepada proses rayuan, penghakiman di peringkat Mahkamah Tinggi dibuat berdasarkan keterangan serta prinsip undang-undang yang jelas dan telus.
Menurutnya, proses perundangan yang panjang ini membuktikan tiada sesiapa berada di atas undang-undang.
“Ia perlu diterima dengan matang sebagai usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan institusi negara. Keadilan mesti ditegakkan melalui proses yang sah dan beradab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Najib Razak selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Ahmad Fahmi menegaskan bahawa keadilan bukan hasil keberanian individu semata-mata, sebaliknya lahir daripada perjuangan kolektif pelbagai pihak termasuk wartawan penyiasat, pemberi maklumat, pegawai institusi berintegriti, aktivis masyarakat sivil, ahli akademik dan rakyat yang konsisten mempertahankan kebenaran walaupun berdepan tekanan.
Beliau berkata skandal 1MDB bukan sekadar jenayah kewangan, tetapi pengkhianatan terhadap amanah yang merosakkan kepercayaan rakyat, mencemar integriti politik dan menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.
“Ia mencerminkan kegagalan tadbir urus akibat pemusatan kuasa tanpa mekanisme semak dan imbang yang berkesan,” katanya.
Menurutnya, hukuman berat yang dijatuhkan bukan bertujuan membalas dendam, sebaliknya sebagai peringatan bahawa pengkhianatan terhadap amanah rakyat membawa akibat serius.
Namun beliau menegaskan, menghukum individu sahaja tidak mencukupi jika sistem yang membenarkan penyalahgunaan kuasa tidak diperbaiki.
Ahmad Fahmi berkata keputusan ini wajar menjadi pemangkin kepada reformasi tadbir urus negara, termasuk pengukuhan kebebasan institusi kehakiman, ketelusan pengurusan dana awam dan penolakan budaya politik berteraskan individu.
“Pengajaran daripada 1MDB harus dimanfaatkan agar rasuah berskala besar dan politik wang tidak dinormalisasikan, khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan