Laksamana Madya mahu saman Chegubard selepas tuduhan rasuah: Laporan

January 2, 2026 · Isu semasa

Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) Laksamana Madya Sabri Zali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang menerbitkan atau mengulang siar kenyataan berunsur fitnah terhadap beliau.

Menerusi kenyataan yang disampaikan penasihat perundangan beliau, Muhammad Firdaus Jumaludin pada sidang media hari ini, Sabri berkata tindakan itu termasuk terhadap Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin juga dikenali sebagai Chegu Bard yang membuat dakwaan tidak benar, mengelirukan dan berunsur fitnah.

Muhammad Firdaus berkata semua dakwaan, termasuk penyebaran gambar serta dokumen yang dikongsikan oleh pihak tertentu di media sosial belum dapat dipastikan kesahihannya, justeru beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Oleh kerana sumbernya tidak dapat dipastikan, kita menyerahkan perkara ini kepada proses perundangan yang proper supaya segala persoalan yang timbul dalam ruang awam ketika ini dapat diperjelaskan,” katanya.

Muhammad Firdaus turut mengesahkan bahawa Sabri telah membuat laporan polis berkenaan dakwaan berkenaan dan beberapa lagi laporan susulan akan dikemukakan selepas ini.

“Laporan polis memang telah dibuat dan beberapa lagi laporan susulan akan dibuat oleh Datuk Sabri kerana kita dapati perkara ini bukan bermula beberapa minggu lepas, sebaliknya sejak Ogos tahun lepas, seawal 2024,” katanya.

Mengulas kesan penyebaran dakwaan berkenaan, Muhammad Firdaus berkata tahap kerosakan yang berlaku kini memerlukan campur tangan undang-undang memandangkan dakwaan itu disebarkan secara meluas pada pelbagai platform media sosial.

“Keseriusan kerosakan ini bukan sahaja pada peringkat institusi, malah telah melibatkan keluarga dan rakan-rakan yang turut terkesan,” katanya.

Pada 31 Dis lepas, Chegu Bard dalam media sosialnya mempersoalkan pengekalan seorang pegawai kanan tentera dalam perkhidmatan walaupun didakwa telah dikenakan tindakan berhubung kes rasuah. – Bernama

Berita berkaitan
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
MCMC siasat akaun FB Chegubard hina institusi diraja, telefon bimbit dirampas
October 21, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
18 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
18 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok