Cadangan had tempoh PM: Azalina gesa sokongan rentas parti

January 29, 2026 · Isu semasa

Cadangan kerajaan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri wajar disokong semua Ahli Parlimen (MP) rentas parti, kata Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, MP pembangkang perlu menyatakan pendirian jelas kepada pengundi sekiranya mereka enggan menyokong pindaan Perlembagaan itu memandangkan ia satu langkah reformasi penting yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat.

Azalina berkata penolakan terhadap pindaan itu boleh menimbulkan persoalan mengenai kesediaan wakil rakyat untuk mengehadkan kuasa eksekutif tertinggi negara.

“Kalau ahli Parlimen menolak pindaan Perlembagaan ini, ia menunjukkan mereka tidak yakin bahawa perkara ini penting.

“Mungkin mereka perlu jelaskan kepada rakyat yang memilih mereka kenapa tidak ada kemahuan untuk menghadkan kuasa perdana menteri,” katanya selepas sesi libat urus bersama pertubuhan masyarakat sivil dan ahli akademik di Putrajaya.

Sesi tersebut diadakan bagi mengumpul pandangan berkaitan cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, yang merupakan antara empat inisiatif reformasi institusi disasarkan untuk dilaksanakan pada 2026 di bawah pentadbiran Madani.

Idea ini selari dengan usaha memperkukuh semak dan imbang serta mengelakkan penumpuan kuasa dalam tempoh terlalu lama.

Cadangan itu memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, yang hanya boleh diluluskan dengan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada 222 ahli Dewan Rakyat.

Walaupun kerajaan perpaduan ketika ini memiliki angka mencukupi, pembangkang menyatakan sokongan bersyarat.

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin sebelum ini berkata pihaknya mahu klausa tambahan dimasukkan bagi menghalang perdana menteri daripada memegang portfolio kewangan secara serentak.

Namun, Azalina menegaskan isu pelantikan portfolio kabinet adalah perkara berasingan.

“Isu yang ditekankan ketua pembangkang adalah tentang salah guna kuasa, dan saya faham elemen itu.

“Tapi fokus kita sekarang ialah meluluskan pindaan Perlembagaan untuk hadkan tempoh jawatan,” katanya.

Menurut Azalina, semangat utama cadangan itu adalah untuk menyampaikan mesej jelas bahawa tiada siapa yang tidak boleh digantikan.

“Ini bukan soal kualiti individu, tetapi untuk memastikan jawatan yang berkuasa tidak dipegang tanpa had masa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan cadangan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan sebelum dibawa ke Parlimen.

 

Berita berkaitan
Najib didapati bersalah dalam kes saman SRC, diperintah bayar AS$1.3 bilion
March 31, 2026· Politik
Zaharudin anggap Samsuri layak jadi ketua pembangkang ganti Hamzah
March 16, 2026· Politik
Fadillah yakin RUU had tempoh 10 tahun PM diluluskan Jun ini
March 4, 2026· Politik
Penambahbaikan RUU pisah AG-Pendakwa Raya dijangka siap dalam 3 bulan
March 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
7 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
8 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
8 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026 · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok