Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Bersatu menegaskan pendirian jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hanya wajar dipegang oleh presiden parti dalam gabungan itu, selaras keputusan dalaman parti yang masih kekal sehingga kini.
Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti pada 12 Januari lalu tidak berubah.
“Keputusan mesyuarat itu masih kekal dan belum berubah,” katanya dalam kenyataan media.
Isu kepimpinan PN kembali menjadi perhatian selepas PAS menyatakan hasrat untuk mengambil alih jawatan pengerusi gabungan tersebut susulan pengunduran Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata persetujuan telah dicapai supaya PAS menerajui PN, namun keputusan muktamad dijangka dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada masa terdekat.
Tun Faisal berkata setakat ini perbincangan antara presiden parti komponen PN, termasuk pertemuan pada pertengahan dan hujung Januari lalu, masih menjadi rujukan dalam menentukan hala tuju kepimpinan gabungan itu.
PN yang ditubuhkan pada 2020 merupakan gabungan parti utama pembangkang yang menggabungkan Bersatu, PAS, Gerakan dan beberapa parti lain.
Gabungan ini memainkan peranan besar dalam landskap politik negara selepas perubahan kerajaan beberapa kali sejak 2018.
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat