ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang

3 jam lalu · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Azmi menyelar pendekatan kempen Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwanya lebih menyerang peribadi berbanding menawarkan agenda pembangunan kepada rakyat Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kempen pilihan raya sewajarnya menjadi medan untuk mengemukakan dasar, idea dan perancangan demi masa depan negeri, bukannya menyerang peribadi pihak lawan atau membangkitkan isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Sepatutnya kempen pilihan raya bercerita tentang apa yang hendak dibuat untuk Negeri Sembilan, apakah kemajuan yang mahu dibawa kepada rakyat dan pengundi di negeri ini.

“Sebaliknya, Sanusi lebih gemar menyerang peribadi serta membawa isu-isu sensitif melibatkan kaum dan agama. Menyebut nama ayah seseorang pemimpin sebagai bahan serangan adalah satu tindakan yang sangat kurang ajar,” katanya.

Abbas berkata pendekatan yang digunakan dalam kempen bukan sahaja mencerminkan imej seseorang pemimpin, malah memberi kesan terhadap persepsi masyarakat terhadap parti yang diwakilinya.

Menurutnya, kepimpinan PAS wajar menilai semula pendekatan berkenaan supaya kempen pilihan raya berlangsung dalam suasana yang lebih matang dan berhemah.

“Tidak ada orang Melayu yang berakhlak mengamalkan sikap kurang ajar dan biadab seperti ini. Apa yang dilakukan Sanusi hanya merosakkan imej PAS dan nama Melayu Islam sendiri,” katanya.

Beliau turut mengaitkan beberapa kenyataan Menteri Besar Kedah itu sebelum ini yang didakwanya menyentuh isu perkauman, selain penggunaan gelaran tidak sesuai terhadap Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Dalam masa sama, Abbas berkata Pakatan Harapan (PH) memilih pendekatan kempen yang memberi penekanan kepada dasar serta pencapaian kerajaan negeri tanpa menyerang peribadi pihak lawan.

“Alhamdulillah, PH tidak menggunakan pendekatan menyerang peribadi secara keterlaluan. Kita tidak kurang ajar dan tidak biadab seperti yang dilakukan Sanusi,” katanya.

Beliau berharap pengundi menilai bukan sahaja manifesto yang ditawarkan setiap parti, malah sikap dan cara pemimpin berkempen sepanjang tempoh pilihan raya.

“Kalau beginilah perangai pemimpin yang hendak diangkat mentadbir negeri, saya percaya Negeri Sembilan tidak akan maju.

“Lihat sendiri kepimpinan Aminuddin Harun yang berkempen dengan tenang, berakhlak dan tidak menyerang peribadi lawan. Sebab itu saya yakin PH akan terus menjadi pilihan utama pengundi Negeri Sembilan pada pilihan raya kali ini, insya-Allah,” katanya.

Kempen PRN Negeri Sembilan kini memasuki fasa akhir dengan parti-parti yang bertanding giat mendekati pengundi melalui siri ceramah dan program lapangan bagi menjelaskan manifesto serta tawaran masing-masing menjelang hari pengundian.

 

Berita berkaitan
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
July 28, 2026· Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
3 jam lalu· Isu semasa
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
4 jam lalu· Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
6 jam lalu · Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
7 jam lalu · Politik
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
7 jam lalu · Politik
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
7 jam lalu · Politik
Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
2 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok