Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi

4 jam lalu · Politik

Pakatan Harapan (PH) meletakkan sasaran mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi sebagai antara komitmen utama dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi memperkukuh ekonomi negeri dan meningkatkan pendapatan rakyat.

Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri yang mewakili PH memaklumkan manifesto gabungan itu memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi jangka panjang yang bukan sahaja menarik pelaburan berkualiti, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

“Pakatan Harapan percaya kemajuan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui angka pelaburan, tetapi sejauh mana pembangunan itu membuka peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat dan memberi harapan kepada generasi akan datang.

“Kita menetapkan sasaran 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi sebagai antara komitmen utama manifesto Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media PRN Negeri Sembilan ke-16 di Bilik Gerakan Utama PH Negeri Sembilan, hari ini.

Beliau berkata, manifesto itu bukan sekadar menawarkan projek pembangunan, sebaliknya menggariskan pelan ekonomi yang bertujuan menjadikan Negeri Sembilan lebih moden, berdaya saing dan berupaya menyediakan lebih banyak pekerjaan berkualiti.

Menurutnya, antara inisiatif utama yang dirancang ialah memperkukuh Port Dickson sebagai hab maritim dan logistik, memperjuangkan pembinaan Hospital Bandar Enstek, membangunkan Seremban Sentral sebagai pusat pertumbuhan baharu serta menambah baik rangkaian pengangkutan termasuk laluan pintasan Senawang-Port Klang dan perkhidmatan KTM Komuter.

Beliau berkata, semua inisiatif itu dirangka bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti sekali gus merancakkan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Pakatan Harapan tidak mahu pembangunan yang hanya megah di atas pelan. Kita mahu pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Apabila pelaburan bertambah, peluang pekerjaan akan meningkat. Apabila peluang pekerjaan meningkat, pendapatan rakyat akan bertambah. Apabila pendapatan rakyat meningkat, ekonomi negeri akan menjadi lebih kukuh,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Negeri Sembilan memiliki kelebihan dari segi kedudukan strategik, kestabilan politik dan rekod pentadbiran yang diyakini pelabur, sekali gus mampu mempercepat agenda pembangunan sekiranya diberikan mandat baharu.

PRN Negeri Sembilan diadakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 5 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos, melibatkan semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan menentukan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.

Berita berkaitan
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
July 28, 2026· Isu semasa
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
3 jam lalu· Politik
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
3 jam lalu· Isu semasa
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
6 jam lalu · Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
7 jam lalu · Politik
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
7 jam lalu · Politik
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
7 jam lalu · Politik
Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
2 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok