Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberi bayangan landskap politik negara mungkin menyaksikan satu pilihan baharu menjelang Jun ini, ketika sebahagian penyokong Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin kecewa dengan hala tuju semasa kerajaan.
Dalam temu bual bersama BFM, Rafizi berkata bersama-sama sekutunya sedang sedang meneliti pelbagai kemungkinan termasuk konfigurasi politik berbeza, namun keputusan muktamad hanya akan diumumkan dalam beberapa bulan mendatang.
“Kami sedang melihat angka dan segala kemungkinan. Saya rasa anda akan mendengar lebih banyak daripada kami selepas Jun,” katanya.
Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan pengundi, khususnya golongan muda, tidak berasa hilang pilihan dalam menentukan masa depan politik negara.
“Bagi mereka yang merasakan semuanya sudah berakhir dan tiada siapa lagi untuk diundi, saya faham perasaan itu. Sebab itu saya masuk politik pada 1998, kerana saya mahukan pilihan. Saya mahu generasi muda terus ada pilihan,” ujarnya.
Kenyataan itu hadir ketika wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong teras PH terhadap cara Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengurus beberapa isu, termasuk kes rasuah dan perkara yang dianggap penting oleh kelompok progresif serta bukan Melayu.
Rafizi semakin menjauhkan diri daripada PKR selepas tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kepada Nurul Izzah Anwar pada pemilihan parti tahun lalu.
Sejak itu, beliau lantang mengkritik kepimpinan parti.
Minggu lalu, beliau memberi isyarat akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada pilihan raya akan datang, namun berkemungkinan bukan sebagai calon PKR.
Beliau turut menolak kemungkinan menyertai parti sedia ada atau bekerjasama dengan bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin, yang disifatkannya mempunyai pendirian amat berbeza dengannya.
Rafizi menegaskan matlamat utamanya bukan sekadar menawan Putrajaya, sebaliknya mahu membina barisan pemimpin progresif dan berintegriti untuk jangka panjang.
“Saya ada satu atau dua pusingan lagi untuk pastikan ahli politik muda yang bersih ini boleh berdikari dan bertahan sepanjang kerjaya mereka. Kalau mereka mampu kekal berprinsip tanpa ambil wang dan tetap membawa perubahan, itu kemenangan sebenar,” katanya.
Beberapa ahli Parlimen PKR dilihat rapat dengan Rafizi, sekali gus mencetuskan spekulasi gerakan baharu mungkin sedang dibentuk.
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan