Imej UMNO dijangka lebih bersih selepas KP SPRM sahkan sertai parti

June 14, 2025 · Politik

UMNO menerima suntikan motivasi dan dijangka imej parti akan menjadi lebih bersih susulan langkah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad menyertai parti itu.

Dzulkifli malam tadi menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Cawangan Merbau Kudong, Mohd Ramli Daud dalam satu majlis di Sungai Dua, Butterworth.

Dzulkifli berkata keputusannya itu diambil kerana ingin membantu rakyat terutama di Tasek Gelugor tanpa mengira latar belakang mereka.

Katanya, beliau mengambil masa agak lama bagi menyertai UMNO kerana mahu membuat penilaian terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dunia politik.

“Jadi, saya rasa sudah tiba masanya saya (sertai UMNO) dan serahkan borang keahlian saya sebagai ahli UMNO.

“Bagi saya, apa yang penting adalah dapat terus membantu rakyat di Tasek Gelugor ini tanpa mengira kaum atau agama,” katanya dipetik laporan BH.

Hadir sama menyaksikan majlis itu adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Zulkiflee Yahaya.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata beliau memilih menyertai UMNO kerana parti berkenaan pernah menjadi dominan suatu ketika dahulu selain ingin membawa nafas baharu untuk parti milik orang Melayu itu.

Menurutnya, beliau kini hanya ingin menjadi ahli biasa tanpa sebarang perjanjian dengan rakyat atau pimpinan UMNO.

Sebelum ini, Dzulkifli pernah memberi bayangan akan menyertai parti politik khususnya ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Malah, khabar angin turut bertiup kencang apabila menyatakan beliau akan bertanding bagi Parlimen Tasek Gelugor pada PRU berkenaan namun tidak menjadi kenyataan.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
9 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
9 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
9 jam lalu· Politik
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
3 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
9 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
13 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok