MCMC siasat kes hina al-Quran babitkan pelajar di Pahang

February 27, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penularan kandungan menghina al-Quran di media sosial, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan itu dibuat susulan tindakan seorang individu memuat naik gambar memijak al-Quran menerusi akaun Threads menggunakan nama “ryandaselva”.

Kandungan berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tular dan dikongsi secara meluas sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan MCMC, kandungan tersebut dikenal pasti mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Islam serta berpotensi menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Tindakan lanjut diambil bagi memastikan keharmonian awam terus terpelihara dan undang-undang dipatuhi,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap individu terbabit.

MCMC turut mengambil keterangan individu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam bagi melengkapkan siasatan dari sudut perundangan komunikasi dan multimedia.

Jika disabitkan kesalahan, individu tersebut berdepan hukuman denda maksimum sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 588.

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.

“Pengguna dinasihatkan agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam, menyentuh sensitiviti agama atau menjejaskan perpaduan negara,” jelas kenyataan itu.

Pihak berkuasa menegaskan kebebasan bersuara bukan lesen untuk menghina atau mencetuskan perbalahan, terutama dalam ruang digital yang pantas mempengaruhi sentimen masyarakat.

Berita berkaitan
Jurutera rugi lebih RM27,000 akibat penipuan seks dalam talian
6 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu buat video palsu berhubung SPRM dan Azam Baki
6 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya
April 20, 2026· Isu semasa
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pasangan tular kes lucah di jirat Cina dibebaskan
3 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup akan terkena tempias akibat konflik Asia Barat: MIER
3 jam lalu · Isu semasa
Institusi kewangan jadi benteng ekonomi negara: Anwar
3 jam lalu · Isu semasa
RM5 Bilion tambahan untuk bantu PMKS hadapi krisis global: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat perlu dihentikan, elak kesan ekonomi melarat: Sultan Nazrin
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok