Sidang Dewan Rakyat.
Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun gagal melepasi undian bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini selepas tidak memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam undian belah bahagian, Speaker Johari Abdul mengumumkan keputusan sebanyak 146 ahli Parlimen menyokong RUU itu, manakala 44 berkecuali dan 32 tidak hadir.
“Saya bacakan keputusan belah-bahagian, tidak hadir 32, tak undi 44 dan setuju 146,” kata Johari.
Pindaan itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Dewan Rakyat kerana ia melibatkan perubahan kepada Perlembagaan.
Seramai 41 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung sehingga lewat petang.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RUU berkenaan menegaskan cadangan itu tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik perdana menteri atau kuasa Dewan Rakyat menentukan sokongan majoriti.
Menurutnya, had tempoh hanya bertujuan memperkukuh akauntabiliti jawatan eksekutif tertinggi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said turut mempertahankan langkah tersebut.
“Isu ini bukan mengenai mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya untuk memperkemaskan prinsip akauntabiliti pada jawatan eksekutif tertinggi tanpa mengubah struktur pelantikan,” katanya.
Cadangan had dua penggal ini sebelum ini pernah dibangkitkan beberapa parti sebagai sebahagian agenda reformasi institusi, namun perbezaan pandangan politik terus menjadi penghalang utama untuk ia direalisasikan.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib