Timbalan CEO SSM didakwa terima rasuah RM50,000 daripada anak Hamzah

March 12, 2026 · Isu semasa

Seorang pegawai kanan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menerima wang tunai RM50,000 tanpa balasan daripada anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSM, Khuzairi Yahaya, 55, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, Khuzairi didakwa menerima wang tunai RM50,000 daripada Muhammad Faisal Hamzah, walaupun mengetahui individu berkenaan mempunyai hubungan dengan urusan rasmi yang melibatkan tugasnya.

Kesalahan itu didakwa berlaku di ibu pejabat SSM@Sentral, Kuala Lumpur pada Mei 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadhly Mohd Zamry, memohon mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran sekali setiap bulan sehingga kes selesai.

“Jumlah jaminan RM15,000 adalah munasabah memandangkan kesalahan ini serius dan terdapat kemungkinan tertuduh melarikan diri. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon syarat tambahan tersebut dibenarkan,” katanya di mahkamah.

Peguam bela, Muhamad Aizat Fakri, yang mewakili Khuzairi memaklumkan pihaknya tidak membantah jumlah jaminan serta syarat tambahan yang dicadangkan oleh pendakwaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan beliau menyerahkan pasport dan melapor diri kepada SPRM setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 20 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

SSM merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia syarikat serta pendaftaran perniagaan di Malaysia.

Kes yang melibatkan pegawai kanan agensi itu dilihat menarik perhatian kerana berkait dengan integriti dalam pengurusan urusan korporat dan perniagaan negara.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
17 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
17 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok