Anggota perisik PGA direman bantu siasatan kes tembak Komander AKPS

March 12, 2026 · Isu semasa

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam yang berlaku bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah, berkata anggota berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada 5 Mac lalu.

Menurutnya, anggota yang bertugas dalam bahagian perisikan sempadan itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman berakhir semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek sudah kira-kira dua tahun bertugas di kawasan sempadan.

“Kita juga mendapati dia mempunyai hubungan rapat dengan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam sindiket dan dipercayai turut mengambil dadah bersama mereka,” katanya.

Adzli berkata, maklumat siasatan turut menunjukkan suspek berada di lokasi kejadian bersama beberapa individu terbabit kira-kira empat hingga lima jam sebelum insiden tembakan berlaku.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ketamin. Namun, beliau menjelaskan penahanan itu bukan berkaitan kesalahan dadah semata-mata, sebaliknya bagi membantu siasatan kes tembakan tersebut.

“Dia positif ketamin, tetapi penahanan dibuat bagi membantu siasatan kes tembakan ini,” katanya.

Polis kini sedang mendapatkan perintah bon jaminan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan suspek terus memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.

Pada masa sama, pihak polis akan mendapatkan kerjasama pegawai pemerintah anggota berkenaan bagi menentukan sama ada tindakan menahan tugas perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kebocoran maklumat atau gangguan terhadap siasatan.

“Suspek adalah antara 11 individu yang telah ditahan setakat ini. Kita juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi pada 25 Februari lalu, sebuah Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M Nasir, dipercayai ditembak dua das oleh individu tidak dikenali.

Mangsa bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan.

Berita berkaitan
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
14 jam lalu· Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
14 jam lalu· Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026· Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
April 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM sahkan panggil Rafizi beri keterangan Isnin
May 2, 2026 · Isu semasa
Ringgit kukuh, ekonomi Malaysia kian diyakini dunia: Kamil
May 2, 2026 · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
14 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026 · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok