Rayuan pembebasan Yusoff difailkan Jabatan Peguam Negara

June 16, 2025 · Politik

Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther, daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rayuan itu difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu pada 12 Jun yang melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 398(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 (Akta 206).

“Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, Jabatan ini telah memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut hari ini.

“Seksyen 39B(2) Akta 234 memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, manakala Seksyen 36(1) Akta 206 memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

Pada 12 Jun lepas Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Muhammed Yusoff, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.

Muhammad Jamil berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan ke atas dua pucuk pistol dan dadah terbabit. – Bernama

Berita berkaitan
Kes culik pasangan Singapura: Enam individu didakwa di mahkamah
August 21, 2026· Isu semasa
Bekas CEO Tabung Haji direman bantu siasatan RCI
August 21, 2026· Isu semasa
Polis masih buru tiga suspek rompak barang kemas RM1.74 juta di Genting
August 20, 2026· Isu semasa
Penangkap anjing, pemilik didakwa dera anjing ‘Rocky’
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
2 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
2 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
22 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
22 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok