Dakwaan kait SPRM dengan mafia korporat tidak berasas: Ketua Polis Negara

April 10, 2026 · Isu semasa

Dakwaan yang mengaitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kegiatan mafia korporat disifatkan sebagai tidak wajar dan perlu berlandaskan fakta, kata Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail.

Mohd Khalid menegaskan siasatan setakat ini tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan SPRM dengan aktiviti tersebut, meskipun pelbagai spekulasi timbul sejak kebelakangan ini.

“Dakwaan seperti ini perlu ada batas. Kita tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya tanpa asas. Setakat siasatan dijalankan, tiada penglibatan SPRM,” katanya semasa sidang media di Bukit Aman.

Isu mafia korporat mula menjadi perhatian selepas laporan media antarabangsa pada Februari lalu yang mendakwa wujud rangkaian ahli perniagaan dan pegawai penguat kuasa yang menggunakan siasatan serta serbuan untuk memberi tekanan kepada syarikat tertentu.

Dakwaan itu mencetuskan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan.

Susulan itu, kerajaan kemudian mengarahkan beberapa agensi termasuk polis, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan siasatan menyeluruh tanpa mengehadkan skop kepada individu tertentu sahaja.

Mengulas perkembangan terkini, Mohd Khalid berkata siasatan terhadap dakwaan mafia korporat masih berjalan dan beberapa individu telah dikenal pasti, termasuk yang berada di luar negara.

“Siasatan masih diteruskan. Ada individu dalam dan luar negara yang dikenal pasti, dan kita akan panggil mereka untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Beliau turut menekankan siasatan rentas sempadan memerlukan kerjasama antara kerajaan dan agensi berkaitan.

“Jika melibatkan negara asing, ia memerlukan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan serta agensi penguat kuasa. Kita akan ikut prosedur sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan, Victor Chin, dikenal pasti antara individu yang ditahan dalam operasi khas berkaitan pengubahan wang haram.

Kes tersebut melibatkan pelbagai kaedah termasuk pengambilalihan syarikat serta pemilikan saham.

Dalam operasi berkenaan, pihak berkuasa turut membekukan dan merampas aset bernilai ratusan juta ringgit merangkumi hartanah, kenderaan, akaun bank dan pegangan saham.

Dalam perkembangan terbaharu, Chin dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya sebagai kumpulan mafia korporat, sekali gus menambah dimensi baharu kepada siasatan yang sedang berlangsung.

Berita berkaitan
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
April 28, 2026· Isu semasa
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
April 28, 2026· Politik
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
April 27, 2026· Politik
Seorang lelaki disiasat berhubung kandungan hina Sultan Selangor: MCMC
April 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
12 jam lalu · Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
15 jam lalu · Isu semasa
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
16 jam lalu · Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok