Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar ditangguhkan bagi memberi fokus untuk membantu rkayat dalam berdepan keadaan ekonomi semasa dan ketidaktentuan global yang masih berlarutan, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor.
Ketua AMK negeri, Mohd Faezuddin Puad berkata, tiada keperluan mendesak untuk mengadakan PRN dalam masa terdekat memandangkan rakyat kini berdepan tekanan kos sara hidup serta kesan ketegangan geopolitik dunia, khususnya krisis di Asia Barat.
Menurut beliau, situasi global yang tidak stabil termasuk gangguan rantaian bekalan dan isu tenaga memberi impak langsung kepada kehidupan harian rakyat di negeri ini.
“Tatkala dunia masih bergelut dengan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga, kita seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap kesusahan yang sedang ditanggung rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan jika PRN diadakan dalam keadaan sekarang, kadar keluar mengundi mungkin rendah kerana ramai pengundi terbeban dengan kos perjalanan yang semakin meningkat.
“Keadaan ini boleh menyebabkan ramai memilih untuk tidak keluar mengundi, sekali gus menimbulkan risiko bahawa mandat yang diperoleh tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor,” katanya lagi.
Sebagai perbandingan, beliau mengingatkan PRN Johor pada tahun 2022 yang berlangsung ketika pandemik Covid-19 hanya mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus, antara yang terendah dalam sejarah negeri itu.
Sehubungan itu, AMK Johor mencadangkan agar sebarang perancangan untuk mengadakan PRN ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi dan global kembali stabil.
“Buat masa sekarang, kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding percaturan politik,” tegas beliau.
Terdahulu, timbul spekulasi PRN Johor mungkin diadakan lebih awal tahun ini walaupun tempoh mandat kerajaan negeri hanya akan berakhir pada Mac tahun depan.
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan