Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan sesi Meja Bulat Bersama Usahawan Bumiputera.
Kerajaan Madani terus memperkukuh agenda memperkasakan usahawan Bumiputera dengan sasaran baharu yang lebih agresif, termasuk meningkatkan pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sehingga RM2 bilion.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh Bumiputera Commercial and Industrial Community (BCIC) sebagai pemacu ekonomi yang lebih berdaya tahan dan kompetitif.
Menurut beliau, kerajaan turut menyasarkan sekurang-kurangnya 10 penyenaraian awam baharu selain melahirkan lebih banyak syarikat Bumiputera berprestasi tinggi yang mampu mencapai nilai sehingga RM500 juta dalam tempoh lima tahun.
“Ini bukan sekadar angka, tetapi lambang kesungguhan kita untuk mengangkat martabat ekonomi Bumiputera ke tahap lebih kukuh dan berdaya saing,” kata Anwar dalam hantaran di laman Facebooknya selepas mempengerusikan sesi Meja Bulat Bersama Usahawan Bumiputera.
Beliau menjelaskan, pendekatan yang diambil bukan sahaja tertumpu kepada pengukuhan syarikat sedia ada, malah membuka ruang kepada penyertaan dalam sektor pertumbuhan baharu seperti kecerdasan buatan dan teknologi tinggi.
Agenda pemerkasaan Bumiputera telah lama menjadi antara fokus utama pembangunan ekonomi negara sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, dengan matlamat merapatkan jurang sosioekonomi serta memastikan penyertaan lebih seimbang dalam sektor strategik.
Anwar turut menegaskan kejayaan beberapa jenama tempatan membuktikan potensi besar usahawan Bumiputera apabila disokong ekosistem yang tepat.
“Kejayaan jenama seperti SERAI dan GlocAI menunjukkan usahawan kita mampu berdiri setara, malah lebih menonjol dalam ekonomi moden,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan akan terus memperluas akses kepada pembiayaan, perolehan kerajaan dan peluang komersial.
Beberapa syarikat tempatan seperti Bateriku, Hanan Medicare dan Meraque disebut sebagai contoh kejayaan hasil dasar yang lebih inklusif.
Beliau menambah, kerajaan sentiasa menilai dan menambah baik dasar sedia ada agar selari dengan keperluan semasa industri dan realiti di lapangan.
“Dengan komitmen bersama dan kepimpinan berprinsip, kita yakin agenda keusahawanan Bumiputera akan terus berkembang sebagai tonggak ekonomi negara serta mencerminkan keadilan sosial,” katanya.
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
Tin makanan jadi helah seludup syabu bernilai RM3 juta, lima ditahan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan